



SELEPAS WISEL PENAMAT DIBUNYIKAN
Ramai orang meminta saya membuat ulasan tentang tuduhan yang mengatakan bahawa saya seorang yang elitis, tidak mesra rakyat dan sombong. Bahkan sepanjang tempoh kempen, saya dihujani oleh soalan yang sama saban hari oleh media. Sehingga kadang-kadang saya berada di dalam keadaan yang sungguh sukar iaitu terpaksa membela diri saya sendiri.
Apakah benar saya seorang elitis? Saya dilahirkan di Kg Tanjung Surau Pasir – disebuah rumah kayu yang di sewa oleh Mak dan Ayah. Mengikut keterangan kelahiran saya, rumah berkenaan beralamat di 297, Kg Tanjung, Kuala Terengganu. Sehingga hari ini, rumah ini masih wujud. Yang jelas, saya tidak dilahirkan di mana-mana hospital. Saya tidak pernah bersekolah tadika – terus ke darjah satu ketika usia 7 tahun. Dan saya ke sekolah menaiki beca bersama-sama Abang dan dua sepupu saya. Ya, empat orang dalam satu beca. Hatta semasa Ayah menjadi Pegawai Daerah Kemaman pun saya masih menaiki beca kesekolah. Hanya apabila saya di Tingkatan Satu saya menaiki bas sekolah yang tentunya bermacam warnanya kerana tidak ada lagi keseragaman warna oren pada masa itu.
Saya masih lagi ingat, kapalterbang pertama yang saya naiki sepanjang hayat saya ialah penerbangan ke London dengan British Airways pada 29 September 1980. Oleh sebab saya diterima lambat oleh MARA untuk membiayai pinjaman saya ke Britain di dalam jurusan undang-undang, saya hanya terbang seorang diri. Tidak ada peers kerana mereka telah terbang terlebih awal. Tidaklah perlu saya sebutkan disini bahawa saya terbang kelas ekonomi. Sampai di London Heathrow, saya seperti rusa masuk kampung – terlonta-lonta mencari jalan ke Bryanston Square tempat di mana Malaysia Hall ada pada masa itu. Tidak ada pegawai MARA yang tunggu di lapangan terbang. I guess they thought, well if he could make his way to London, he must surely be able to locate where Malaysia Hall was.
Apakah saya elitis sekarang? Barangkali kita harus bertanya kepada Rajan yang menjadi tukang gunting rambut saya di Jalan Thambosamy. Kedainya lebih kurang 10 kaki x 10 kaki. Mempunyai empat kerusi dan jarang benar penuhnya kerana sukar untuk menggunting rambut empat orang sekali gus di dalam kesempitan ruang yang sebegitu. Rajan akan mengesahkan bahawa selama empat tahun saya mula tinggal di Kuala Lumpur semenjak dilantik sebagai Setiausaha Politik disitulah tempat saya bergunting rambut. Dua kali sebulan. Hatta selepas saya menjadi Timbalan Menteri, saya tidak bertukar tempat saya bergunting rambut, walaupun saya tahu, pengawal peribadi saya merasa resah setiap kali saya ke situ.
Atau kita boleh bertanya Encik Annuar. Tuanpunya warong kari kepala ikan di belakang TMC Bangsar. Apabila ada sidang di Parlimen, saya akan mencari kawan-kawan untuk makan di situ. Bukan restoran, bukan warung – tetapi hanya kerusi dan meja di bawah pokok. Yang pasti tidak ada kipas atau hawa dingin. Dan saya amat merasa at home apabila Encik Annuar membawa sotong goreng dan kari kepada ikan merah atau jenahak. Cuma barangkali Encik Annuar akan terkejut kerana TImbalan Menteri pun boleh makan di situ. Atau tanya Encik Razali tuanpunya warong di Jalan Pulau Kambing, tempat saya menikmati sarapan apabila saya balik ke Kuala Terengganu pada hujung minggu.
Apakah saya tidak mesra rakyat? Sila tanya Encik Yusof dibelakang rumah saya di Jalan Ibrahim, Kuala Terengganu. Dia akan memberitahu kita bahawa tiap-tiap tahun saya akan mengumpul jiran saya yang tidak bernasib baik untuk membantu mereka menyambut hari raya. 70 hingga 80 orang dari warga emas kepada OKU akan dibantu. Saya tahu ada yang mengalirkan air mata semasa menerima bantuan itu – sebab saya sendiri yang memberikannya. Apabila Mak meninggal, saya meminta isteri saya meneruskan tradisi membaca Yasin yang melibatkan orang-orang kampung termasuk yang mengunjungi Darul Fitrah – satu pertubuhan kebajikan di kampung saya. Sekali sekala, saya juga meminta dijemput rakan-rakan arwah Mak untuk turut serta. Atau barangkali, balu kepada arwah pemandu saya boleh memberitahu bantuan bulanan yang saya sumbangkan kepadanya untuk menanggung anak-anak yatim. Saya juga pastikan bahawa anak-anak arwah AJK saya yang meninggal dunia juga mendapat bantuan untuk menyambut Hari Raya tiap-tiap tahun.
Apakah saya sentiasa meninggi diri? Barangkali pengawal di Masjid Negara boleh juga memberitahu bahawa saya sentiasa membawa kereta sendiri untuk solat subuh dan sunat terawikh kerana dia lah yang menunjuk tempat yang sesuai kepada saya untuk memarkir kereta saya. Atau kakitangan MAS, AirAsia dan Firefly juga boleh mengesahkan bahawa kadang-kadang walaupun semasa menjadi Timbalan Menteri, saya membuat daftar masuk sendiri.
Ada orang mengatakan bahawa saya tidak mempunyai hubungan yang baik dengan arwah Dato’ Razali. Jarang yang tahu bahawa saya mengenali arwah semasa beliau menjadi Pengetua di Maktab Perguruan Batu Rakit (sekarang Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Dato’ Razali Ismail) di mana saya di minta untuk memberikan syarahan undang-undang tentang keadaan dimana seorang guru boleh merotan murid. Mungkin guru-guru di Terengganu masih ingat dengan Program Generasi Prihatin. Tun Daim yang meminta saya menggerakkan program ini bersama-sama dengan rakan-rakan lain termasuk Dato’ Azalina yang menjadi Ketua Puteri pada masa itu. It became an instant hit. Siapa yang membantu kami? Arwah Dato’ Razali, yang pada masa itu menjadi Pengarah Pelajaran Negeri. Semasa kami menjadi Timbalan Menteri, saya bersama-sama dengannya berusaha untuk mewujudkan kadet AADK di sekolah-sekolah menengah bagi melahirkan kaunselor muda yang akan menasihatkan rakan sebaya mereka tentang bahaya dadah. Saya harap pengganti kami di Kementerian Pelajaran dan Kementerian Dalam Negeri akan terus memberikan program ini ruang untuk dijadikan kenyataan.
Sahabat-sahabat saya hairan kenapa baru sekarang saya memilih untuk menjawab tuduhan-tuduhan ini? Kenapa tidak semasa kempen pilihanraya kecil baru-baru ini? Jawapannya ialah kenapa perlu saya membela diri saya kepada pertuduhan yang tidak berasas? Kenapa perlu saya memuliakan sampah sarap hanya kerana saya hendak membela diri saya? Keluarga saya tahu bahawa pertuduhan itu tidak betul. Jiran-jiran saya tahu. Dan yang paling penting, kalau dibumi tiada yang menghargai – tentunya di langit ada Yang Maha Mengetahui.
Saya tahu dari sudut psikologi adalah lebih mudah untuk mewujudkan sokongan massa dengan permainan emosi negatif yang diasaskan kepada ketakutan, kemarahan dan rasa meluat. Tetapi saya menjanjikan dari awal untuk menggerakkan kempen yang positif - yang berasaskan kepada harapan, sikap pemurah dan mawaddah. Saya mungkin tidak berjaya sekarang tetapi biarlah ianya menjadi asas kepada gerakan kita di masa depan.
Harapan Generasi Baru, Sandaran Generasi Dulu.




Perutusan Calon Barisan Nasional
Keindahan demokrasi berparlimen di negara ini bermakna tiap-tiap seorang daripada pemilih berdaftar berhak untuk memilih wakil kita ke Dewan Rakyat. Kuasa yang istimewa ini terletak di tangan tuan-tuan dan puan-puan.
Setiap dari kita mungkin seorang pengundi yang hanya mempunyai satu undi, tetapi yakinlah satu undi itu mempunyai kesan yang sangat besar ertinya kepada masa depan Negara kita yang kita cintai ini.
Saya tidak menjanjikan langit dan bumi, bulan, bintang dan matahari. Tetapi saya menawarkan diri untuk berkhidmat dengan penuh keikhlasan dan menjadi suara tuan-tuan dan puan-puan di dalam Dewan Rakyat kelak. Falsafah saya ialah kecil kepada orang besar, amat besar ertinya kepada orang kecil. Oleh itu saya berazam untuk membawa suara rakyat Kuala Terengganu. Saya bertekad untuk menjadi harapan kepada generasi baru. Saya beriltizam untuk menjadi sandaran kepada generasi terdahulu. Saya komited untuk menjadi wakil rakyat kepada semua – tanpa ada sempadan bangsa, agama dan budaya.
Bantulah saya untuk membantu tuan-tuan dan puan-puan ke arah membawa Kuala Terengganu yang lebih gemilang. Untuk itu, pada 17 Januari 2009 ini marilah kita bersama-sama mengundi Barisan Nasional.
Selamat Mengundi!
Harapan Generasi Baru,Sandaran Generasi Dulu




DAY 9
Dato’ Abdul Manan Othman ialah bekas anggota Kabinet. Pernah menerajui pelbagai Kementerian, termasuk Perusahaan Awam dan Pertanian. Saya boleh katakan bahawa tanpa jasa beliau, saya tidak akan menjadi seorang peguam. Beliaulah orangnya yang menyokong dan meluluskan pinjaman MARA saya bagi membolehkan saya melanjutkan pelajaran saya ke luar negara di dalam bidang undang-undang.
“Uncle Manan” sebagaimana saya selalu panggil dia ialah seorang yang berpegang kepada prinsip. Selepas beliau gagal mempertahankan jawatan ahli Majlis Tertinggi Umno pada awal 1980an, beliau telah berjumpa dengan Perdana Menteri untuk meletakan jawatan. Uncle Manan pernah menceritakan kepada saya bagaimana Tun Dr Mahathir tergamam apabila beliau menyatakan hasratnya untuk melepaskan jawatan. Dr Mahathir kemudian meluluskan permohonannya itu.
Uncle Manan mempunyai sejarah politik yang berwarna warni coraknya. His political life was so colourful. Colourful but untainted. Beliau terlibat dengan Team B semasa pertembungan Dr Mahathir dengan Tengku Razaleigh Hamzah pada tahun 1987. Bertanding dan menang kawasan Parlimen Kuala Terengganu pada tahun 1990 atas tiket Semangat 46 dengan mengalahkan Zuber Embong. Beliau gagal mempertahankannya pada tahun 1995 selepas kalah kepada arwah Dato’ Abu Bakar Daud. The good thing about the late Bakar was that he was such a magnanimous politician. Selepas daripada percantuman semula Umno dan Semangat 46, Bakar telah melantik Uncle Manan sebagai AJK Umno Bahagian.
Saya banyak mempelajari selok belok politik melalui Uncle Manan. Saya sempat dengannya di dalam jawatankuasa bahagian yang sama di Kuala Terengganu apabila semasa saya menyandang jawatan Ketua Pemuda Umno bahagian. Selepas daripada kekalahan kerajaan BN di Terengganu pada tahun 1999, saya berjumpa dengan Uncle Manan untuk mendapatkan nasihat tentang arahtuju politik saya. Dia nasihatkan agar saya hang on sekejap dan berikan tumpuan di dalam memperkasakan kekuatan dalaman parti. Oleh itu saya memilih untuk tidak menawarkan diri untuk jawatan Ketua Bahagian semasa pemilihan parti pada tahun 2000.
Uniknya Uncle Manan ialah semasa dia didalam APU, Angkatan Perpaduan Ummah, yang menggabungkan antara lain Pas dan Semangat 46, dia banyak berurusan dengan pemimpin Pas diperingkat akar umbi. Networking beliau melangkaui batas dan sempadan Umno. Kedua, beliau berpegang kepada falsafah bahawa kalau semasa dia bertanding ramai yang bantu maka bila orang lain yang bertanding wajarlah dia pula yang membantu. Semangat ini seharusnya menjadi pedoman kepada sesiapa yang berhasrat dan bercita-cita untuk memberi khidmat kepada rakyat melalui politik.
Semalam saya berjumpa dengan Uncle Manan di Kuala Ibai. Dia datang dari Kuala Lumpur, menginap di hotel atas biayainya sendiri untuk membantu saya berkempen dan juga untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai pengundi di P.036 Kuala Terengganu. Dia berjanji untuk menggunakan networking nya yang lama untuk membantu kempen saya. Uncle, you are being wonderfully kind! May Allah bless you and Auntie!
Harapan Generasi Baru,Sandaran Generasi Dulu




Hari ini saya berjumpa dengan sekumpulan pesara-pesara Kerajaan. Ramai diantara mereka ialah rakan-rakan arwah Ayah. Menakjubkan kadang-kadang melihat semangat mereka. Apa tidaknya, salah seorang dari mereka berumur 72 tahun dan masih kelihatan setiap pagi berjalan kaki di Taman Rekreasi Batu Buruk. Seorang lagi berusia 77 tahun, masih memegang jawatan pengerusi jawatankuasa masjid dan baru sahaja pulang dari tanah suci Makkah kerana menunaikan haji. Still looking fit and strong. Saya selalu berjenaka dengan mereka bahawa sepuluh ekor ikan cencaru, mana nak sama seekor gelama; sepuluh orang yang baru, mana nak sama seorang yang lama.
Saya juga membuat lawatan rumah ke rumah ke Peti Undi Paloh. Berjumpa dengan sahabat lama saya, Sdr Azmi Salleh – isterinya seorang doktor perubatan yang menjalankan amalan di Kota Bharu. Azmi ialah diantara beberapa rakan-rakan saya yang memilih untuk ”berpisah” dengan Umno apabila gerakan reformasi berada di kemuncaknya. Dia aktif di dalam kempen Pas semasa pilihanraya umum tahun 1999. Lama selepas 2004 beliau tidak kelihatan di dalam mainstream politics untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada kerjayanya. Tetapi apabila dia mendengar angin bertiup kencang yang saya akan bertanding, dia telah menyimpan azam untuk membantu saya. Saya menerima panggilan talipunnya beberapa hari yang lalu dan dia telah menzahirkan hasratnya itu kepada saya.
”Abang Mi, tolonglah bantu saya, apa yang patut, Abang Mi buatlah”, ujar saya. Saya beritahu dia bahawa ini ibarat sirih pulang ke gagang. Dia senyum dan membuktikan kesungguhannya untuk berkhidmat dengan mengambil cuti sehingga 18 Januari ini. Now, that’s cool!
Satu perkara yang menjadi pegangan dan falsafah saya ialah walau apa pun perbedaan politik saya tidak akan mengorbankan persahabatan saya. Kata Khalil Gibran, In the sweetness of friendship, let there be laughter. Sebab itulah semasa saya berjumpa dengan Dr Syed Azman Syed Ahmad selepas dia memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada 1999 saya terus mengucapkan tahniah kepadanya. Bahkan semasa saya menjadi Timbalan Menteri pun ada keadaannya apabila rakan-rakan MP di sebelah sana meminta tolong, saya akan mencuba sedaya upaya untuk membantu. Pendirian saya ialah pemimpin mesti berjiwa besar. Dia mesti berupaya untuk menerajui arus dan landskap politik negara tanpa ada kecenderungan untuk memangsakan seseorang hanya kerana fahaman yang berbeda.
Kalau seseorang itu layak menerima bantuan di dalam kampung maka di wajib dibantu. Dia mungkin pejuang Umno. Atau dia mungkin mempunyai jawatan di dalam ranting Pas. Tapi hakikatnya, dia tidak wajar disisihkan. Ini namanya kesaksamaan. Saya tahu ini satu kerja sukar apabila kita berada di kampung yang sarat dengan ketebalan fahaman politik. Tetapi saya bersedia untuk mengambil risiko ini kerana misi BN Mesra Rakyat tidak akan terlaksana kalau kita tidak bersedia untuk mengamalkan dasar that goes beyond political divide. Dan saya amat dikenali sebagai seorang yang sentiasa bersedia mengambil risiko.
Oleh itu, bantulah saya untuk menreliasasikan falsafah ini! That’s even cooler!
Harapan Generasi Baru,Sandaran Generasi Dulu




DAY 7
Di sebelah pagi saya menerima panggilan talipun oleh sahabat lama saya supaya menziarahi seorang nenek yang tinggal berhampiran dengan masjid Batu Buruk. Dia sedikit uzur katanya. Apabila saya sampai ke rumah nenek itu memang benar dia uzur dan deria pendengarannya amat lemah. Saya senyum dan memberi senyuman balas. Sweet! Apa masalah Tok? Dia kata dia kadang-kadang kena sawan dan bila serangan berlaku dia lazimnya tak sedarkan diri untuk sesuatu tempoh sehingga dua jam. Saya cadangkan agar di bawa nenek ni ke hospital. Memandangkan kepada anaknya tidak mempunyai kemudahan, saya menawarkan diri untuk membawa nenek itu ke hospital.
Sawan di dalam istilah perubatan nya ialah chronic neurological disorder. Selepas nenek itu mendapat pemeriksaan awal, saya maklumkan kepada anaknya supaya sentiasa melaporkan status ibunya. Saya perlu maklumat itu kerana sahabat saya, Dr Zariah Abdul Aziz seorang pakar neurologi bekerja di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ). Dr Zariah bila menalipun saya sentiasa mengingatkan saya tentang Kompleks Neuro Sains yang sepatutnya dibina di HSNZ. Insyaallah saya memberitahu beliau bahawa saya akan usahakan juga untuk menjadikan Kompleks ini sebagai realiti demi untuk faedah bukan sahaja rakyat Kuala Terengganu tetapi seluruh wilayah pantai timur. Mesra Rakyat, remember? So the good doctor, if you are reading this, rest assured that I will deliver – if not for anything, for the people of Kuala Terengganu. But first, put me in the position to deliver. I know that you are a registered voter in Kuala Terengganu! I even know where is your polling station!
Dunia politik bukan sahaja soal kuasa dan mengekalkan kuasa. Ia adalah soal mengupayakan kuasa itu untuk faedah rakyat. Sounds a good cliche, but the truth is without the rakyat’s support we are nothing. Rakyat ialah pemegang taroh, the stakeholder, dan apa juga penggubalan dasar, undang-undang, peraturan, perancangan pembangunan hendaklah diasaskan kepada faedah dan kebajikan rakyat terbanyak. Jika sekiranya diberi mandat oleh pengundi-pengundi di Kuala Terengganu, saya berazam dan bertekad untuk berada di tengah-tengah di pemegang taroh – mendengar hajat dan impian mereka dan menjadikan ianya sebagai satu realiti!
Harapan Generasi Baru,Sandaran Generasi Dulu


More Options ...
Categories
Tag Cloud
Blog RSS
Comments RSS

Void « Default
Life
Earth
Wind
Water
Fire
Light 