



Dua tiga hari sebelum Hari Raya Aidil Fitri baru-baru ini saya mengambil kesempatan untuk menziarahi bekas pemain bolasepak kebangsaan, Yahya Jusoh. Saya kenal Yahya sejak kecil dan tahu benar bahawa beliau adalah seorang yang amat berjasa kepada negeri dan negara.
Setelah sekian lama tidak mendapat pingat emas di Sukan SEA, Malaysia berjaya mendapat pingat emas di temasya tersebut yang diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1977. Yahya ialah seorang yang dari pemain pasukan yang gemilang itu.
Pada tahun 1980, Malaysia buat kali kedua nya layak menyertai Sukan Olimpik yang diadakan di Moscow setelah berjaya menumpaskan Korea Selatan. Yahya juga adalah salah seorang pemain di dalam pasukan kebangsaan. Malangnya, di atas sebab Malaysia seperti 60 negara lain yang diketuai oleh Amerika Syarikat, telah memboikot Sukan itu atas alasan tuan rumah Soviet Union telah mencerobohi Afghanistan. Tempat Malaysia, sebaliknya digantikan dengan Iraq.
Walaupun Yahya tidak ke Moscow 1980, tetapi secara teknikalnya dia boleh lah di istilahkan sebagai seorang Olympian kerana sememangnya pasukan negara layak ke sana. Beliau juga menyertai senarai istimewa anak Terengganu yang pernah mengharumkan nama negeri – abangnya sendiri, Harun Jusoh (1972, Munich) dan Allahyarham Kamaruddin Maidin (1960, Rome). Jarang anak Terengganu boleh mencapai tahap setinggi ini. Senarai ini amat pendek, dan dalam masa terdekat ini sukar untuk melihat ianya berkembang.
Bukan senang untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik. Bayangkan, setelah hampir 30 tahun selepas Moscow, pasukan bolasepak negara kita masih terlonta-lonta hilang arah. Menurut kata Allahyarham Mokhtar Dahari, untuk menjadi seorang pemain bolasepak yang baik, seseorang itu hendaklah mempunyai tiga sifat – disiplin, dedikasi dan tekad. Amat jelas Yahya mempunyai sifat-sifat ini untuk mencapai apa yang telah diperolehi sepanjang kareer bolasepaknya.
Kami banyak bercerita tentang sejarah kegemilangan bolasepak negara – bagaimana pasukan kita turun tanpa Mokhtar Dahari di dalam Kelayakan Piala Dunia di Stadium Nasional, Kallang di Singapura pada tahun 1977. Sementara badannya kelihatan uzur, minda Yahya masih tajam. Dia bercakap soal semangat perjuangan, soal kesungguhan dan soal patriotisme. Ini lah yang membezakan pasukan yang melayakkan diri ke Olimpik pada tahun 1972 dan 1980 dengan pasukan kebangsaan sekarang.
Yahya sedang menderita sakit saraf yang melibatkan cervical spine. Tentunya usaha untuk rawatan memerlukan belanja yang banyak. Saya berharap Kerajaan Negeri dan Kementerian Belia dan Sukan melaui YAKEB (Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan) akan tampil membantu seorang wira yang berjasa dan telah mengharumkan nama negara di persada dunia.
Ahli-ahli politik dan pegawai tinggi kerajaan dianugerah dengan pelbagai bintang kehormatan negeri dan negara. Anggota keselamatan seperti Kanang Anak langkau di kurniakan dengan Pingat Gagah Berani dan Seri Pahlawan Gagah Perkasa. Bagaimana kita menghargai wira-wira sukan negara seperti Yahya? Atau mereka akan terus menjadi wira yang tidak didendang?
Bersama Olympian dan wira negara Yahya Jusoh dirumahnya. Dibelakang kami ialah gambar pasukan kebangsaan di Pra Kelayakan Piala Dunia 1977 ketika menentang Singapura. Yahya duduk dikiri sekali.




Mok Lijoh hari-hari duduk blèbèr ke anok llaki dia hok sorang-sorang. “Mat, biler mung nok bbining? Aku nim koho sari, koho tuer, kang dop dang aku nop tengok mung bining!”
Mamat PPayang pun susoh hati dengor mok dia wat cakap bellah sokmo. Kang kang bellah. Kang kang bellah. Nok sangat dia tu bbining, keja ada doh, motosika baru beli . Masaalohnya, calung dop jupa cari lagi nim! Dulu ada doh sorang, nama Minoh, tapi baru minggu lepah Minoh ttunang dengan anok D.O.! Minoh tu kheja buat tak dop, massök gulaa ke, singgang ke, dop pandaa starang. Tapi sebab ada muka sikit, tubuhhang pung molek ramai la orang nop ngorat. Sudohhang boleh ke anok D.O.
Duduk biraa pataa Batu Buruk, Mamat pung nengung ssorang. Air jagung ddalang supék duduk tangang, nok minum brase dok slera lasung. Pegang jugok, pegang jugok. Betullang supék air capur bocor, Mamat pung tapu dengang tapok tangang. Titik molek tak tak, Mamat brasa belengah tapok tangang. Nyer kesat atah seluor jean hok dekat 3 minggu dop basuh.
Tengoh-tengoh kesat tapok tangang hok belengah tu, betullang nnitah sorang napok macang anok dara kat blakang kedaa A & W tu. Pesengang boleh tahang, Mamat duk mmikir ssorang. Comel pada Minoh nim! Mamat jenih dop malu, dia peseng beraning tanya orang. Kalu nnakut, sapaa ke tua la aku dop bbining, Mamat mari mmikir sediri-diri.
“Dik!”, Mamat panggil ke budok ppuang tu. Budok ppuang tu pakaa baju kurung warna samö, ppaling dok starang ke Mamat. Senyung manih lleting! Mamat dop kira banyok, nyer bikah bangung cegat gi jemba ke budok tu.
“Dik duduk kat-kat nim ke?”, Mamat tebèng tanya. Budok tu cakat luor dop starang. Dia kabor ke Mamat dia kheja jadi pakar sakit jiwa kat spita dekat tu. Spita beso tu! Mbek nop sangat, Minoh tak mboh kat ku sangat, specialist nim comel lote, molek-molek ada minat kat ku! Mamat pun bbadi tukko nombo talipung dengang budok tu. Dop dang 10 minit, nyer pisoh mitok nombo talipung. Pesengang budok tu nop jugok ke Mamat, sebab derah jer wi nombor talipung dia. Nama dia Seripoh. Boleh tahang!
Seminggu doh senyap supi Mamat jadi gelisoh. Talipung pat lima nang kali dop jawab starang Seripoh. Ke nyer kècèk aku, Mamat mari telitah dalang ppala dia. Nyer wat beraning gi spita beso. Mamat tanya kat pendaftarang ada dop nama Seripoh specialist sakit jiwa? Betullang drebar ambulang nama Liyah kawang Mamat kat skoloh dulu ada situ. “Mung wat menda ssining Mamat?” Liyah tanya. Mamat pung cerita panjang lèbor.
Lepah dengo cerita Mamat, Liyah pung senyung sengeh. “Mung kena kècèk doh Mamat. Aku jjupa sokmo budok puang tu, kadang-kadang nyer mari nnèttè sinning. Lambat jjupa orang llaki nyer senyung ngata riti! Aku brase Mat, budok tu bukannang pakar sakit jiwa. Hok dia kabo ke mung tu separuh jer beto.. dia bukang pakar Mat, tapi dia sakit jiwa!”, Liyah kata.
Mamat pung koho-koho beredo lah dari spita. Pesengang lambat lagi dia boleh bbining. Dalang ati gelepö tak dop aroh lah. Galok ngat doh doh nop bbining! Siyyang ke Mamat! Pesengang malang nim Mok Lijoh blèbèr lagi lah ke Mamat!


More Options ...
Categories
Tag Cloud
Blog RSS
Comments RSS

Void « Default
Life
Earth
Wind
Water
Fire
Light 