Kebebasan bersuara adalah satu perkataan, bahkan senjata yang digunakan oleh dunia barat apabila Islam di hina, di remehkan atau di persendakan. Salman Rushdie, seorang novelis Inggeris, menulis The Satanic Verses pada tahun 1988  menghina Nabi Muhammad s.a.w. Sementara dunia Islam bangkit membuat bantahan, dunia persuratan barat mempertahankan karyanya atas nama kebebasan bersuara dan berkarya – bahkan kemudiannya menganugerahkannya dengan the Booker of Bookers. Seolah-olah ianya belum mencukupi, Kerajaan British telah menganugerahkannya dengan gelaran “Sir” – sebagai penghargaan kepada “jasanya” di bidang sastera dan persuratan.

Begitu juga pada awal tahun 2006 apabila akhbar Denmark Jyllands-Postens menerbitkan karikatur Nabi Muhammad s.a.w. dunia barat dengan cepat mempertahakannya sebagai hak dan kebebasan untuk berkarya yang tidak boleh disekat lansung. Dunia Islam, sekali lagi menyuarakan bantahan dari Maghribi sampai ke Indonesia. Dari Iran hinggalah ke Tunisia.

Persoalannya: adakah hak dan kebebasan bersuara ini tidak mengenal sempadan dan batasan? Tentunya tidak ada kebebasan mutlak di mana-mana pun. Seorang yang mempunyai lesen bebas untuk membawa kereta di jalanraya, tetapi dia tidak bebas untuk melanggar pokok atau tiang letrik yang akhirnya akan menyusahkan orang ramai.

Saya fikir dalam beberapa keadaan, dunia barat pun mengiktiraf sekatan kebebasan ini. Tetapi ini hanya di dalam situasi tertentu sahaja. Situasi itu boleh diringkaskan begini. Anda boleh menyuarakan apa sahaja, menghina sesiapa sahaja – selagi anda tidak mengkritik Yahudi sebagai bangsa atau Israel sebagai negara.

Dalam tahun 1987, satu persembahan yang berjodol Perdition yang diilhamkan oleh Jim Allen telah dihentikan oleh Royal Court Theatre di London lebih kurang 36 jam sebelum ianya dijadualkan. Juara dan ibu demokrasi, wira kepada hak dan kebebasan bersuara akhirnya tunduk kepada tekanan Zionis hanya kerana persembahan itu mempertikaikan holokaus. Satu percubaan untuk mempersembahkannya di Dublin juga ditahan kerana tekanan yang sama.

Tun Dr. Mahathir telah diselar oleh Presiden George W. Bush kerana ucapan beliau pada tahun 2003 yang antara lainnya mengatakan bahawa bangsa Yahudi memerintah dunia secara proksi. Persuruhjaya Tinggi kita di London pula di panggil ke Pejabat Komonwel dan Luar Negara bagi membolehkan kerajaan Biritish menyuarakan pendirian mereka bahawa ucapan Dr Mahathir adalah sesuatu yang “tidak boleh di terima”.

Helen Thomas, pada usianya 89 tahun, adalah dianggap sebagai doyen kepada koresponden antarabangsa. Beliau adalah ahli kepada White House Press Corps – atau kumpulan wartawan dan koresponden antarabangsa yang berpusat di Rumah Putih. Mengambil kira usianya yang lanjut, beliau tentunya mempunyai pengalaman yang amat luas sebagai wartawan. Thomas merupakan satu-satunya wartawan media cetak wanita yang sempat mengikuti Presiden Nixon dalam lawatan bersejarah Nixon ke China pada tahun 1972.

Apa kesalahan Thomas minggu lalu? Kesalahannya mudah. Beliau telah mengkritik serangan tanpa provokasi oleh rejim Israel kepada flotila misi kemanusiaan dengan mengatakan bahawa “reaksi awal kita terhadap pembunuhan ini, pembunuhan yang disengajakan ini, jenayah antarabangsa ini, adalah amatlah menyedihkan”. Apa yang berlaku kepada Thomas hasil dari kecaman yang datang dari hati kecilnya ini? Adakah media Barat mempertahankannya atas nama kebebasan bersuara?

Tidak sama sekali.  Bahkan Craig Crawford yang pernah mengarang buku bersama Thomas berjudul Listen Up Mr. President: Everything You Always Wanted Your President to Know and Do telah mengumumkan tidak akan berkerjasama lagi dengan Thomas berkait dengan penulisan buku di masa depan. Nine Speakers Inc pula mengumumkan telah menggugurkan Thomas sebagai klien mereka kerana komen Thomas tersebut. Walt Whitman High School telah membatalkan ucapan konvokesyen yang sepatutnya di sampaikan oleh Thomas.

Ini lah makna sebenar kebebasan bersuara di Amerika. Dan ini lah “Impian Amerika”.

Helen Thomas, yang pernah menemu ramah, menyoal tubi dan bertikam lidah dengan 10 orang presiden Amerika Syarikat sepanjang  67 tahun kareernya akhirnya meletakkan jawatan sebagai koresponden dan memasuki alam persaraan.

Nyatalah bahawa Helen Thomas tidak ada tempat di dalam janji Presiden Obama di dalam bukunya sebelum menjadi presiden – “Keberanian Menggapai Harapan- Gagasan Meraih Kembali Impian Amerika”.

Tags Categories: Warisan Perihatin Posted By: admin
Last Edit: 14 Jun 2010 @ 05 25 PM

EmailPermalinkComments (0)
\/ More Options ...
Change Theme...
  • Users » 74
  • Posts/Pages » 54
  • Comments » 624
Change Theme...
  • VoidVoid « Default
  • LifeLife
  • EarthEarth
  • WindWind
  • WaterWater
  • FireFire
  • LightLight

Photo Album



    No Child Pages.

Contact Me



    No Child Pages.

Chat Box



    No Child Pages.

Resume



    No Child Pages.

GuestBook



    No Child Pages.