08 Jan 2009 @ 10:29 AM 
 

Catatan Harian (7/1/2009)

 
————————————————————————————-
Hari kedua dimulakan dengan menziarahi kubur bonda dan ayahanda. Sepi. Setiap minggu apabila saya balik ke Kuala Terengganu, saya tidak pernah gagal untuk menziarahi tanah perkuburan di Masjid Raja Bukit Besar ini. Mengunjungi makam bonda akan sentiasa mengingatkan saya kepada bait-bait terakhir puisi Sasterawan Negara Usman Awang: Begitu bakti kami berikan, Tiada sama bonda melahirkan, Kasih bonda tiada sempadan, kemuncak murni kemuliaan insan.
 
Kemudian saya ke Peti Undi Paloh. Ada kematian di situ. Usianya dikhabarkan selama 103 tahun. Saya bertanya anak arwah adakah arwah sihat untuk beberapa minggu lalu. Beliau menjawab, semalam pun arwah masih bercakap seperti biasa dan masih mempunyai ingatan yang kuat. Saya dimaklumkan lagi bahawa keturunan arwah memang begitu -sentiasa menjangkau usia 90an.
 
Alang-alang saya di situ, saya menjengah ke Markas Peti Undi Paloh. Ramai sungguh petugas dari Melaka di situ. Saya teruja kerana rombongan Melaka ini membawa tukang masak mereka sendiri. Agaknya mereka tidak mahu mencuba masakan Terengganu! Ini betul-betul jalan-jalan cari makan, sebab saya mencuba asam pedas daging dan masak lemak rebung! Wow! Boleh saya katakan sedapnya sampai menjilat jari! Ketua Pemuda Alor Gajah menyambut saya bersama-sama dengan rakan-rakan dari Bahagian Setiu. Mereka memberi taklimat ringkas dan saya amat berpuashati dengan cara mereka membantu petugas-petugas tempatan. Ada keserasian.
 
Selepas solat zohor di Masjid Raja Bukit Besar, saya dihubungi oleh NTV7 untuk ditemuramah. Saya maklumkan kepada krew NTV7 bahawa saya kena menghantar Ika, anak saya yang sulong dahulu. Ika bercuti Krismas di sini dan esok akan berlepas pulang ke London untuk menyambung pengajiannya. Saya minta krew menunggu saya di Markas Besar Parlimen BN di Jalan Gong Kapas. Selepas itu saya bergegas di Tanjung untuk mengikuti jadual YAB Menteri Besar bersama dengan masyarakat Cina. Ia lebih merupakan satu pertubuhan meninggikan akhlak. Saya di minta berucap dan apa-apa pengetahuan sedikit yang saya ada tentang Mandarin saya gunakan. Saya kembali kerumah sekejap dan ramai yang menunggu. Tapi saya sempat untuk memberi ruang temu bual kepada China Press. Seperti biasa soalan lazimnya ialah apa ulasan saya terhadap persepsi yang kononnya saya di katakan sombong. Saya bertanya Ms Wong, setakat dia kenal saya selama ini, sombong kah saya? Dia hanya menggelengkan kepala sambil tersenyum. Kadang-kadang kata pepatah Inggeris: Action speaks louder than words!
 
Selepas solat magrib saya di minta untuk di temubual oleh TV3 di dalam Buletin Utama. Charity begins at home. Jadi saya memulakan lawatan cawangan pertama di cawangan saya sendiri, Panji Alam. Oleh itu cross-over di buat dari pondok cawangan Umno Panji Alam. Malam ini juga saya berucap memperkenalkan diri saya di Merbau Patah sebelum saya ke Lorong Budiman di DUN Batu Buruk. Di sini krew RTM telah siap sedia untuk menemuramah saya. Selepas itu saya ke Kg Kolam Kuala Ibai untuk menziarahi kematian ibu mertua kepada Abang Pa, Ketua Cawangan di situ.
 
Jumpa lagi esok!
Harapan Generasi Baru, Sandaran Generasi Dulu
Tags Categories: Warisan Perihatin Posted By: admin
Last Edit: 08 Jan 2009 @ 10 56 AM

EmailPermalink
 

Responses to this post » (None)

 

Post a Comment

You must be logged in to post a comment.

\/ More Options ...
Change Theme...
  • Users » 74
  • Posts/Pages » 54
  • Comments » 624
Change Theme...
  • VoidVoid « Default
  • LifeLife
  • EarthEarth
  • WindWind
  • WaterWater
  • FireFire
  • LightLight

Photo Album



    No Child Pages.

Contact Me



    No Child Pages.

Chat Box



    No Child Pages.

Resume



    No Child Pages.

GuestBook



    No Child Pages.