




Dato' Seri Abdullah mengangkat tangan calon Pilihan Raya Parlimen Kuala Terengganu, Dato' Wan Ahmad Farid diiringi Dato' Ahmad dan Tan Sri Muhyiddin dan Tan Sri Mohammad. - Gambar oleh ZULKIPLI PUTRA
Jentera Barisan Nasional (BN) diminta bekerja lebih kuat untuk memastikan kemenangan calon BN pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu yang akan diadakan 17 Januari ini.
Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata semua wakil jentera di peti undi perlu berusaha gigih bagi meraih sokongan yang lebih tinggi dari pengundi di kawasan itu.
Beliau berkata, calon BN Dato’ Wan Ahmad Farid Wan Salleh membuat pengorbanan tinggi dengan melepaskan jawatannya sebagai senator dan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, berkuatkuasa 5 Januari lalu.

Perdana Menteri bersalaman dengan orang ramai sebaik tiba di majlis Perjumpaan dengan Jentera Pilihan Raya Kecil Pergerakan Sayap Barisan Nasional Kuala Terengganu
“Saya hendak mereka (jentera parti) faham ianya risiko tinggi sebabnya saya kata kepada dia (Dato’ Wan Ahmad Farid) jika saudara tidak menang maka saudara akan hilang kedudukan sebagai ahli senat..akan hilang kedudukan sebagai timbalan menteri..dan saudara tidak boleh balik ke sana (Putrajaya) nakkan jawatan.
“Itu adalah risiko yang telah saya beritahu kepada beliau awal-awal lagi apabila saya dengar cakap-cakap yang beliau (Dato’ Wan Ahmad Farid) akan menjadi calon pilihan UMNO Bahagian Kuala Terengganu,” katanya.
Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri perjumpaan dengan Jentera BN Parlimen Kuala Terengganu (empat peringkat), di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala Terengganu, hari ini (8 Januari).

PASTI MENANG...mungkin itulah isyarat Perdana Menteri kepada penyokong BN sambil disaksikan calon, Dato' Wan Ahmad Farid.
Perdana Menteri menegaskan Dato’ Wan Ahmad Farid selaku Ketua Bahagian UMNO Kuala Terengganu kini serius untuk melaksanakan tugasnya sebagai wakil rakyat bagi penduduk di Kuala Terengganu.
“Ini saya terangkan kepada wakil-wakil jentera pilihan raya yang ada kita memiliki calon yang begitu serius serta memiliki kekuatan yang ada pada dirinya yang dibawa seperti wakil rakyat lain,” tambahnya.
Beliau menjelaskan pengorbanan yang dilakukan calon BN itu dilakukan dengan niat ingin menabur khidmat kepada penduduk Kuala Terengganu, seterusnya menyambung legasi Allahyarham Dato’ Razali Ismail, yang mewakili kerusi Parlimen itu sebelum ini.
Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO menasihatkan pemimpin parti itu supaya tidak memikirkan mengenai pemilihan UMNO pada Mac ini.
“Lupakan seketika….kerja kita hendaklah ditumpukan untuk memastikan kemenangan calon BN dalam pilihan raya ini,” katanya.
Dipetik Dari Unit Komunikasi Negeri
Harapan Generasi Baru, Sandaran Generasi Dulu


More Options ...
Categories
Tag Cloud
Blog RSS
Comments RSS

Void « Default
Life
Earth
Wind
Water
Fire
Light 