DAY 3
Tengah hari ini saya berjumpa dengan pelajar-pelajar Tingkatan 1 di Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah. Sejurus sahaja saya sampai saya di maklumkan oleh Pengerusi PIBG sekolah bahawa ada segelintir pelajar pada sessi yang lalu yang tidak sempat menamatkan pengajian mereka sehingga Tingkatan 5. Tanpa sebarang sebab, mereka give up. Ada juga yang hadir peperiksaan PMR, duduki satu dua kertas lepas itu menghilangkan diri.
Jadi saya di minta untuk memberi motivasi kepada mereka di depan ibu bapa mereka. Saya ceritakan bahawa asas kepada kehidupan kita seperti mana yang pernah dikatakan oleh arwah Ayah ialah “bila genggam bara api, biar sampai jadi arang”. Ia mungkin panas. Tapak tangan kita mungkin melecur. Kita mungkin memerlukan krim untuk mengubati tapak tangan kita – tapi hakikatnya, hajat kita untuk mendapatkan arang itu berhasil.
Saya ceritakan kepada pelajar bahawa hari-hari pertama saya mula-mula belajar di London pada usia 17 tahun saya menghadapi banyak kesukaran. Pelajar-pelajar senior tidak membantu. Buka radio bahasa inggeris. Naik bas semuanya orang putih. Balik ke rumah buka TV semuanya dalam bahasa Inggeris. Tiada lagi RTM1 atau RTM2. Makanan Malaysia susah di dapati. Cuaca semakin sejuk bila hari berganti hari. Musim sejuk menggamit perasaan. Sukar untuk saya memahami kuliah undang-undang dengan gaya bahasa yang amat pelik – apa yang disebut sebagai Queen’s english. Di pasar saya bingung bila peniaga di pasar bercakap dalam loghat cockney ia itu slanga rakyat untuk penghuni di London. Ringkasnya, cabaran nya besar. Saya hampir nak balik ke Malaysia.
Tetapi saya teringat kepada bila genggam bara api, biar sampai jadi arang. Kalau saya balik ke Malaysia kerana tekanan itu, tidak mungkin saya melayakkan diri menjadi peguam. Oleh itu nasihat saya kepada anak-anak kita itu jalan menempah kejayaan bukannya jalan yang singkat dan mudah. Ia penuh ranjau dan duri. Tetapi negara ini adalah negara yang memberi ruang kepada semua – kepada anak seorang guru besar untuk menjadi Perdana Menteri, anak penyadap kelapa untuk menjadi Ketua Hakim Negara hatta Menteri Besar sekali pun. Ini lah barangkali yang dimaksudkan sebagai social mobility. Yang miskin tidak kekal miskin. Yang kaya ada ruang untuk berbakti. Indahnya negara kita – Malaysia.
Bila genggam bara api, biar sampai jadi arang.
Harapan Generasi Baru, Sandaran Generasi Dulu
Saya setuju dengan Dato’, genggam bara api biar sampai jadi arang. Tidak ada jalan pintas untuk berjaya dan saya yakin semangat dato’ sekuat itu untuk menghadapi cabaran pilihan raya kecil ini. Syabas Dato’.
http://www.umnobaganpinang.blogspot.com