10 Jan 2009 @ 11:27 AM 
 

Catatan Harian (9/1/2009)

 
Day 4
Hari ini saya mulakan kempen dengan berjumpa dengan kumpulan pengundi di Cendering. Sahabat saya Timbalan Menteri Pertanian & Industri Asas Tani, menjemput saya hadir ke majlis tersebut. Agak saya dalam 200 orang pengundi wanita berkumpul di situ. Mereka kelihatan seronok berjumpa saya – katanya hanya melihat saya dalam kaca TV, akhbar dan ermmmm, poster-poster. Seperti biasa, saya di minta bercakap. Saya tidak bercakap panjang, melainkan untuk memperkenalkan diri dan meminta mereka memberikan saya peluang untuk saya memberikan mereka peluang. Bantulah saya untuk membantu mereka. Sokonglah saya untuk menyokong mereka.
 
Sidang akhbar di buat sebelah petang. Saya memilih untuk solat di Masjid Durian Burung dan sempat berjumpa dengan Ismail Sabri, Menteri Belia & Sukan. Mungkin secara kebetulan, Imam membaca surah ar-rahman di dalam solat. Ayat ke 7 dan ke 8 menyebut perkataan “neraca”. Lepas solat Jumaat, saya bergegas ke perkarangan masjid Gong To’ Nasek untuk menghadiri Jamuan Rakyat bersama TPM. Di depan masjid itu ada satu warung yang menjual goreng pisang, kerepok dan goreng ubi. Saya masuk dan ramai rakan-rakan media dan petugas dari KL pun ada di situ. Sdr Lokman dari Agenda News sibuk merakamkan gambar-gambar saya. Saya senyum dan dia pesan saya supaya senyum banyak lagi.
 
Sebelah malamnya saya sempat singgah sebentar untuk berjumpa menghadiri perjumpaan TPM dengan golongan profesional Cina di Kuala Terengganu. Dia menceritakan bahawa arwah ayahnya ialah perintis kepada hubungan diplomatik di antara Malaysia dengan China. Ketika kebanyakan negara termasuk Singapura keberatan untuk berbaik-baik dengan China, Tun Razak telah memulakan langkah itu pada tahun 1974. Saya masih ingat gambar arwah Tun bersalaman dengan Mao Tze Tung masih terpampang di bilik tetamu Pejabat Timbalan Perdana Menteri di Putrajaya. Tanpa diketahui oleh TPM, langkah berani arwah Tun itu masih diingati oleh ramai pemimpin besar China sekarang. Masih tertanam di dalam minda mereka. Dan mereka masih menyebut-nyebut jasa arwah Tun kepada hubungan dua-hala Malaysia-China.
 
Kalau orang-orang China di tanah besar mempunyai budaya mengingati dan mengenang jasa tokoh asing yang lama, yang merintis jalan persahabatan dan kemakmoran yang dikecapi sekarang, Dato’ Sri Mohd Najib yakin bahawa masyarakat Cina di Kuala Terengganu juga akan mengenang dan mengingati jasa Barisan Nasional kepada kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi negara. That was such a very powerful statement.
 
Enough said.
Harapan Generasi Baru,Sandaran Generasi Dulu.
Tags Categories: Warisan Perihatin Posted By: admin
Last Edit: 10 Jan 2009 @ 12 07 PM

EmailPermalink
 

Responses to this post » (2 Total)

 
  1. rahimshukor says:

    salam datuk…saya rasa dalam surah ar-rahman ayat 7-8 berkenaan perkataan ‘neraca’ tu saya rasa ia bukan bermaksudkan barisan nasional….(logo bn neraca)…kena faham betul2 datuk apa maksud ayat tu…jgn cepat perasan….(bak kata nabil raja lawak ‘LU PIKIR SENDIRILAH’…selamat maju jaya!!!

  2. Roshatika says:

    Kalau orang-orang cina dapat mengingati jasa-jasa BN, saya harap pengundi-pengundi di KT juga jangan mengikut sentimen dan emosi, sebaliknya berfikirlah dengan waras. Ingatlah jasa-jasa kerajaan BN yang menjadikan negerii Terengganu begitu maju. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

    http://www.umnobaganpinang.blogspot.com

Post a Comment

You must be logged in to post a comment.

\/ More Options ...
Change Theme...
  • Users » 74
  • Posts/Pages » 55
  • Comments » 619
Change Theme...
  • VoidVoid « Default
  • LifeLife
  • EarthEarth
  • WindWind
  • WaterWater
  • FireFire
  • LightLight

Photo Album



    No Child Pages.

Contact Me



    No Child Pages.

Chat Box



    No Child Pages.

Resume



    No Child Pages.

GuestBook



    No Child Pages.