11 Jan 2009 @ 11:14 AM 
 

Catatan Harian 10/1/2009

 
Day 5

Selain dari Usman Awang, antara penyair yang saya terlalu kagum akan bakatnya ialah A. Samad Said. Puisi-puisinya terlalu manusiawi dan insani. Kebenaran contohnya adalah satu puisi pendek yang sarat dengan falsafah. Ringkasnya yang benar pasti akan menggerhanai yang batil. Orang mungkin menuduh kita macam-macam – sehingga kadang-kadang mengusik kesabaran. Tetapi di dalam pengurusan kempen yang seperti ini, kita tidak mampu untuk hilang fokus. Kebenaran sebenarnya amat puitis – Setiap yang benar, betapa ditekan, tetap menjalar, tanpa di baja, kan tetap mekar, tanpa udara pun, kan tetap segar.
 
Hari ini saya di minta untuk bercakap soal rebranding. Sebuah syarikat tempatan meminta saya melancarkan perubahan nama syarikatnya. Di dalam ucapan saya, saya menyentuh tentang contoh corporate rebranding dalam sejarah terdekat kita. Kalau dulu Malayan Banking – sekarang di kenali sebagai Maybank. Kalau dulu Bank Pertanian Malaysia sekarang di kenali sebagai Agro Bank. Hatta Bank Islam pun telah menukar imej dan logo korporatnya. Tetapi saya tekankan rebranding adalah relevan kalau ia memberi penekanan kepada perubahan ke arah kebaikan. Ia satu penghijrahan dan secara kebetulan kita masih lagi di dalam bulan Muharram.
 
Bukan semua rebranding exercise boleh merintis kepada kejayaan. British Post Office gagal apabila cuba membuat perubahan nama kepada Consignia pada tahun 2001. Nyata ia tidak popular sehingga memaksa mereka menghabiskan jutaan pound sterling untuk kembali kepada nama asal mereka Royal Mail. Now that really was a disaster.
 
Jadi perkara asasnya ialah perubahan kearah kebaikan. Satu penghijrahan dalam semangat dan roh Maal Hijrah.
 
Oleh itu moral ceritanya hari ini ialah
(a) walaupun apapun tanggapan orang kepada kita, yakinlah kebenaran akhirnya akan terserlah jua – ia tetap menjalar tanpa di baja. Kan tetap mekar walaupun tanpa udara dan
(b) apa-apa pun perubahan yang di buat ia bukan sahaja kepada form tetapi juga kepada substance.
 
Harapan saya sebagai calun di dalam pilihanraya kecil ini ialah pengundi akan dapat melihat tekad dan azam saya, jika diberi mandat kelak untuk membawa penambahbaikan bukan sahaja kepada form tetapi juga kepada substance. Itu baru kewl!
Harapan Generasi Baru,Sandaran Generasi Dulu
Tags Categories: Warisan Perihatin Posted By: admin
Last Edit: 11 Jan 2009 @ 03 26 PM

EmailPermalink
 

Responses to this post » (One Total)

 
  1. Roshatika says:

    Salam Dato’

    Mulut tempayan boleh di tutup tetapi tidak mulut manusia. Tetapi saya yakin pengundi di Kuala Terengganu adalah matang di dalam menilai diantara fitnah dan kebenaran. Yang mana intan dan yang mana kaca.

    Teruskan perjuangan Dato’

    http://www.umnobaganpinang.blogspot.com

Post a Comment

You must be logged in to post a comment.

\/ More Options ...
Change Theme...
  • Users » 74
  • Posts/Pages » 54
  • Comments » 624
Change Theme...
  • VoidVoid « Default
  • LifeLife
  • EarthEarth
  • WindWind
  • WaterWater
  • FireFire
  • LightLight

Photo Album



    No Child Pages.

Contact Me



    No Child Pages.

Chat Box



    No Child Pages.

Resume



    No Child Pages.

GuestBook



    No Child Pages.