DAY 6
Ada orang bertanya saya apa perasaan saya bila berjumpa dengan pengundi. The body language. The eye contact. The facial expression.
Apa yang penting selain daripada non-verbal cues ini ialah reaksi spontan pengundi yang ditemui semasa kita bersalam dengan mereka. Kalau dia terus mengatakan bahawa “saya doakan kejayaan saudara” atau “jangan bimbang, saya dan tiga isi rumah saya akan mengundi saudara” maka mengikut hukum adat, insya allah kita akan dapat undinya. Senyuman yang terpancar dari hati yang ikhlas juga memberikan harapan. Dia mungkin dia berkata apa-apa pada lisannya, tetapi ekspresi mukanya memberikan gambaran yang positif.
Hari ini saya menerima nota ini dari nombor yang saya tidak kenali. Begini ceritanya. Satu hari, setelah sekian lama kampung mereka berada di dalam kemarau yang panjang – penduduk telah memutuskan untuk membuat solat hajat. Pada hari yang berkenaan semua orang datang – tetapi seorang kanak-kanak membawa payung. Itu maknanya keyakinan. Apabila seorang ayah melontarnya bayinya ke udara, bayi itu ketawa sebab dia amat arif bahawa kita akan menyambutnya dengan lembut. Itu maknanya kepercayaan. Tiap-tiap malam sebelum tidor kita tidak pasti apa yang akan berlaku. Masih ada kah kita. Masih segar kah kita. Tetapi ia tidak menghalang kita daripada membuat perancangan kita. Itu maknanya harapan.
Oleh itu kata kuncinya (menggunakan istilah kegemaran arwah Dato’ Razali Ismail) ialah kita hendaklah sentiasa mempunyai keyakinan, memberikan kepercayaan dan jangan sekali-kali hilang harapan.
Dengan lain perkataan walau apa pun facial expression orang yang saya bersalam untuk merayu dan meminta sokongan – saya tidak akan sekali-kali hilang harapan.
Harapan Generasi Baru,Sandaran Generasi Dulu