



DAY 7
Di sebelah pagi saya menerima panggilan talipun oleh sahabat lama saya supaya menziarahi seorang nenek yang tinggal berhampiran dengan masjid Batu Buruk. Dia sedikit uzur katanya. Apabila saya sampai ke rumah nenek itu memang benar dia uzur dan deria pendengarannya amat lemah. Saya senyum dan memberi senyuman balas. Sweet! Apa masalah Tok? Dia kata dia kadang-kadang kena sawan dan bila serangan berlaku dia lazimnya tak sedarkan diri untuk sesuatu tempoh sehingga dua jam. Saya cadangkan agar di bawa nenek ni ke hospital. Memandangkan kepada anaknya tidak mempunyai kemudahan, saya menawarkan diri untuk membawa nenek itu ke hospital.
Sawan di dalam istilah perubatan nya ialah chronic neurological disorder. Selepas nenek itu mendapat pemeriksaan awal, saya maklumkan kepada anaknya supaya sentiasa melaporkan status ibunya. Saya perlu maklumat itu kerana sahabat saya, Dr Zariah Abdul Aziz seorang pakar neurologi bekerja di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ). Dr Zariah bila menalipun saya sentiasa mengingatkan saya tentang Kompleks Neuro Sains yang sepatutnya dibina di HSNZ. Insyaallah saya memberitahu beliau bahawa saya akan usahakan juga untuk menjadikan Kompleks ini sebagai realiti demi untuk faedah bukan sahaja rakyat Kuala Terengganu tetapi seluruh wilayah pantai timur. Mesra Rakyat, remember? So the good doctor, if you are reading this, rest assured that I will deliver – if not for anything, for the people of Kuala Terengganu. But first, put me in the position to deliver. I know that you are a registered voter in Kuala Terengganu! I even know where is your polling station!
Dunia politik bukan sahaja soal kuasa dan mengekalkan kuasa. Ia adalah soal mengupayakan kuasa itu untuk faedah rakyat. Sounds a good cliche, but the truth is without the rakyat’s support we are nothing. Rakyat ialah pemegang taroh, the stakeholder, dan apa juga penggubalan dasar, undang-undang, peraturan, perancangan pembangunan hendaklah diasaskan kepada faedah dan kebajikan rakyat terbanyak. Jika sekiranya diberi mandat oleh pengundi-pengundi di Kuala Terengganu, saya berazam dan bertekad untuk berada di tengah-tengah di pemegang taroh – mendengar hajat dan impian mereka dan menjadikan ianya sebagai satu realiti!
Harapan Generasi Baru,Sandaran Generasi Dulu


More Options ...
Categories
Tag Cloud
Blog RSS
Comments RSS

Void « Default
Life
Earth
Wind
Water
Fire
Light 
Salam Dato’,
Sekiranya Dato’ memahami jawatan itu adalah amanah untuk membela rakyat, maka saya yakin Dato’ akan memperolehi kejayaan di dalam PRK Kuala Terengganu ini.
Begitu juga dengan pemimpin-pemimpin lain yang dilihat begitu bersungguh-sungguh turun padang dan menyelesaikan masalah rakyat, nescaya UMNO akan kuat semula.
Bak kata pujangga Siapalah kerajaan jika tidak disokong rakyat, Siapalah sultan jika tidak di daulatkan rakyat dan siapalah Ulul Amri jika tidak didokongi Ummah.
Sekian, T. Kasih
http://www.umnobaganpinang.blogspot.com
That’s a brilliant act, I would say. Willing to go extra mile for the benefit of the people. “It is well to give when asked, but it is better to give unasked,…” said the wise Kahlil Gibran.