14 Jan 2009 @ 10:01 AM 
 

Catatan Harian (13/1/2009)

 
DAY 8

 Hari ini saya berjumpa dengan sekumpulan pesara-pesara Kerajaan. Ramai diantara mereka ialah rakan-rakan arwah Ayah. Menakjubkan kadang-kadang melihat semangat mereka. Apa tidaknya, salah seorang dari mereka berumur 72 tahun dan masih kelihatan setiap pagi berjalan kaki di Taman Rekreasi Batu Buruk. Seorang lagi berusia 77 tahun, masih memegang jawatan pengerusi jawatankuasa masjid dan baru sahaja pulang dari tanah suci Makkah kerana menunaikan haji. Still looking fit and strong. Saya selalu berjenaka dengan mereka bahawa sepuluh ekor ikan cencaru, mana nak sama seekor gelama; sepuluh orang yang baru, mana nak sama seorang yang lama.

 Saya juga membuat lawatan rumah ke rumah ke Peti Undi Paloh. Berjumpa dengan sahabat lama saya, Sdr Azmi Salleh – isterinya seorang doktor perubatan yang menjalankan amalan di Kota Bharu. Azmi ialah diantara beberapa rakan-rakan saya yang memilih untuk ”berpisah” dengan Umno apabila gerakan reformasi berada di kemuncaknya. Dia aktif di dalam kempen Pas semasa pilihanraya umum tahun 1999. Lama selepas 2004 beliau tidak kelihatan di dalam mainstream politics untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada kerjayanya. Tetapi apabila dia mendengar angin bertiup kencang yang saya akan bertanding, dia telah menyimpan azam untuk membantu saya. Saya menerima panggilan talipunnya beberapa hari yang lalu dan dia telah menzahirkan hasratnya itu kepada saya.

 ”Abang Mi, tolonglah bantu saya, apa yang patut, Abang Mi buatlah”, ujar saya. Saya beritahu dia bahawa ini ibarat sirih pulang ke gagang. Dia senyum dan membuktikan kesungguhannya untuk berkhidmat dengan mengambil cuti sehingga 18 Januari ini. Now, that’s cool!

 Satu perkara yang menjadi pegangan dan falsafah saya ialah walau apa pun perbedaan politik saya tidak akan mengorbankan persahabatan saya. Kata Khalil Gibran, In the sweetness of friendship, let there be laughter.  Sebab itulah semasa saya berjumpa dengan Dr Syed Azman Syed Ahmad selepas dia memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada 1999 saya terus mengucapkan tahniah kepadanya. Bahkan semasa saya menjadi Timbalan Menteri pun ada keadaannya apabila rakan-rakan MP di sebelah sana meminta tolong, saya akan mencuba sedaya upaya untuk membantu. Pendirian saya ialah pemimpin mesti berjiwa besar. Dia mesti berupaya untuk menerajui arus dan landskap politik negara tanpa ada kecenderungan untuk memangsakan seseorang hanya kerana fahaman yang berbeda.

 Kalau seseorang itu layak menerima bantuan di dalam kampung maka di wajib dibantu. Dia mungkin pejuang Umno. Atau dia mungkin mempunyai jawatan di dalam ranting Pas. Tapi hakikatnya, dia tidak wajar disisihkan. Ini namanya kesaksamaan.  Saya tahu ini satu kerja sukar apabila kita berada di kampung yang sarat dengan ketebalan fahaman politik. Tetapi saya bersedia untuk mengambil risiko ini kerana misi  BN Mesra Rakyat  tidak akan terlaksana kalau kita tidak bersedia untuk mengamalkan dasar that goes beyond political divide. Dan saya amat dikenali sebagai seorang yang sentiasa bersedia mengambil risiko.

 Oleh itu, bantulah saya untuk menreliasasikan falsafah ini! That’s even cooler!

Harapan Generasi Baru,Sandaran Generasi Dulu

Tags Categories: Warisan Perihatin Posted By: admin
Last Edit: 14 Jan 2009 @ 10 02 AM

EmailPermalink
 

Responses to this post » (None)

 

Post a Comment

You must be logged in to post a comment.

\/ More Options ...
Change Theme...
  • Users » 74
  • Posts/Pages » 55
  • Comments » 619
Change Theme...
  • VoidVoid « Default
  • LifeLife
  • EarthEarth
  • WindWind
  • WaterWater
  • FireFire
  • LightLight

Photo Album



    No Child Pages.

Contact Me



    No Child Pages.

Chat Box



    No Child Pages.

Resume



    No Child Pages.

GuestBook



    No Child Pages.