15 Jan 2009 @ 9:14 PM 
 

Catatan Harian (14/1/2009)

 

DAY 9
 
Dato’ Abdul Manan Othman ialah bekas anggota Kabinet. Pernah menerajui pelbagai Kementerian, termasuk Perusahaan Awam dan Pertanian. Saya boleh katakan bahawa tanpa jasa beliau, saya tidak akan menjadi seorang peguam. Beliaulah orangnya yang menyokong dan meluluskan pinjaman MARA saya bagi membolehkan saya melanjutkan pelajaran saya ke luar negara di dalam bidang undang-undang.
 
“Uncle Manan” sebagaimana saya selalu panggil dia ialah seorang yang berpegang kepada prinsip. Selepas beliau gagal mempertahankan jawatan ahli Majlis Tertinggi Umno pada awal 1980an, beliau telah berjumpa dengan Perdana Menteri untuk meletakan jawatan. Uncle Manan pernah menceritakan kepada saya bagaimana Tun Dr Mahathir tergamam apabila beliau menyatakan hasratnya untuk melepaskan jawatan. Dr Mahathir kemudian meluluskan permohonannya itu.
 
Uncle Manan mempunyai sejarah politik yang berwarna warni coraknya. His political life was so colourful. Colourful but untainted. Beliau terlibat dengan Team B semasa pertembungan Dr Mahathir dengan Tengku Razaleigh Hamzah pada tahun 1987. Bertanding dan menang kawasan Parlimen Kuala Terengganu pada tahun 1990 atas tiket Semangat 46 dengan mengalahkan Zuber Embong. Beliau gagal mempertahankannya pada tahun 1995 selepas kalah kepada arwah Dato’ Abu Bakar Daud. The good thing about the late Bakar was that he was such a magnanimous politician. Selepas daripada percantuman semula Umno dan Semangat 46, Bakar telah melantik Uncle Manan sebagai AJK Umno Bahagian.
 
Saya banyak mempelajari selok belok politik melalui Uncle Manan. Saya sempat dengannya di dalam jawatankuasa bahagian yang sama di Kuala Terengganu apabila semasa saya menyandang jawatan Ketua Pemuda Umno bahagian. Selepas daripada kekalahan kerajaan BN di Terengganu pada tahun 1999, saya berjumpa dengan Uncle Manan untuk mendapatkan nasihat tentang arahtuju politik saya. Dia nasihatkan agar saya hang on sekejap dan berikan tumpuan di dalam memperkasakan kekuatan dalaman parti. Oleh itu saya memilih untuk tidak menawarkan diri untuk jawatan Ketua Bahagian semasa pemilihan parti pada tahun 2000.
 
Uniknya Uncle Manan ialah semasa dia didalam APU, Angkatan Perpaduan Ummah, yang menggabungkan antara lain Pas dan Semangat 46, dia banyak berurusan dengan pemimpin Pas diperingkat akar umbi. Networking beliau melangkaui batas dan sempadan Umno. Kedua, beliau berpegang kepada falsafah bahawa kalau semasa dia bertanding ramai yang bantu maka bila orang lain yang bertanding wajarlah dia pula yang membantu. Semangat ini seharusnya menjadi pedoman kepada sesiapa yang berhasrat dan bercita-cita untuk memberi khidmat kepada rakyat melalui politik.
 
Semalam saya berjumpa dengan Uncle Manan di Kuala Ibai. Dia datang dari Kuala Lumpur, menginap di hotel atas biayainya sendiri untuk membantu saya berkempen dan juga untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai pengundi di P.036 Kuala Terengganu. Dia berjanji untuk menggunakan networking nya yang lama untuk membantu kempen saya. Uncle, you are being wonderfully kind! May Allah bless you and Auntie!

Harapan Generasi Baru,Sandaran Generasi Dulu

Tags Categories: Warisan Perihatin Posted By: admin
Last Edit: 15 Jan 2009 @ 09 15 PM

EmailPermalink
 

Responses to this post » (None)

 

Post a Comment

You must be logged in to post a comment.

\/ More Options ...
Change Theme...
  • Users » 74
  • Posts/Pages » 54
  • Comments » 624
Change Theme...
  • VoidVoid « Default
  • LifeLife
  • EarthEarth
  • WindWind
  • WaterWater
  • FireFire
  • LightLight

Photo Album



    No Child Pages.

Contact Me



    No Child Pages.

Chat Box



    No Child Pages.

Resume



    No Child Pages.

GuestBook



    No Child Pages.