



Apabila kasih tidak diterima, apabila cinta ditolak, ada macam-macam cara untuk menarik perhatian orang kepada kita. John Hinkley Jr. amat meminati pelakon muda Amerika yang bernama Jodie Foster setelah menonton filem Taxi Driver berkali-kali. Tetapi minat kemudiannya menjelma menjadi cinta dan cinta kemudian bertukar menjadi obsessi. Hinkley menulis surat, mencipta bait-bait puisi kasih, cuba menghubungi Foster melalui telefon tetapi semuanya tidak berhasil bahkan dia tidak mendapat layanan lansung.
Apa yang dibuat oleh Hinkley? Dia membuat ikhtiar terakhir untuk menarik perhatian dengan mengugut Foster kalau cintanya tidak dilayan, dia akan melakukan sesuatu yang luar biasa. Dia akan membunuh Presiden Ronald Wilson Reagan yang baru tiga bulan menjadi presiden – hanya semata-mata untuk menarik perhatian Foster.
Genap 28 tahun yang lalu, pada 31 Mac 1981, Hinkley telah melepaskan enam das tembakan kepada Reagan sebaik sahaja pemimpin itu keluar daripada Hotel Hilton di Washington D.C. Salah satu daripada peluru tersebut melencung ke dada Reagan dan tertusuk hampir 1 inci dari jantungnya. Hanya satu inci. Kalau tidak, lanskap politik antarabangsa pada masa itu mungkin berubah.
Saya tidak sekali-kali mencadangkan kepada anda di luar sana untuk membuat apa sahaja demi untuk menarik perhatian seorang wanita. Apatah lagi A. Rahman Onn pernah mengingatkan kita di dalam lagunya Peracun Kalbu bahawa bunga tak sekuntum, lagi pun tak lama harum. Cuma kita juga perlu diperingatkan bahawa kumbang pun bukan seekor.
Tetapi di dalam suasana kita tercari-cari bagaimana untuk mengembalikan perhatian dan sokongan rakyat kepada Umno dan Barisan Nasional, saya suka mengimbau kembali kepada perjalanan politik Reagan – the greatest communicator in modern America.
Di dalam kekalutan selepas ditembak, Reagan dilaporkan batuk yang mengeluarkan darah – dikejarkan ke Hospital George Washington University – di mana beliau sempat berjenaka dengan pasukan pakar bedah yang menunggu dengan mengatakan bahawa: “Saya berharap anda semua adalah dari parti Republikan”. Di dalam keadaan di mana nyawanya jelas terancam, Reagan masih boleh dan mampu berkomunikasi demi untuk meredakan keadaan yang tegang.
Keupayaan berkomunikasi bukan sahaja menuntut kepada kebolehan untuk menarik perhatian. Ia sebenarnya adalah berhubung kait dengan keupayaan untuk menguasai perhatian dan berhubung dengan orang yang kita sedang berhadapan. It is not only about attracting attention – it is about commanding attention. Ia menjurus kepada audien kita merasa selesa dengan kehadiran kita dan dengan kata-kata kita. Contohnya, semasa Reagan di bilik pembedahan tadi berjenaka bahawa dia mengharapkan pasukan pakar bedah itu dari parti Republikan, ia telah berjaya membuatkan keadaan tegang menjadi kendur. Suasana panik menjadi tenang dan terkawal. Pakar bedah yang bernama Dr. Joseph Giordano, seorang Demokrat sepanjang hayatnya – terus menjawab – “Tuan Presiden, pada hari ini, kami semua adalah Republikan!” Lihatlah, bagaimana keupayaan berkomunikasi dengan baik boleh memberi impak yang positif di dalam keadaan yang mencabar.
Bekas ketua strategi politik Reagan, Dick Wirthlin di dalam bukunya The Greatest Communicator menulis bahawa semasa berehat di hospital sebelum pulih sepenuhnya, jururawat di ward menjumpai Reagan sedang mengelap lantai di bilik airnya. Sebenarnya dia menumpahkan sedikit air ke lantai semasa membasuh tangannya di sinki dan dia amat bimbang yang jururawat berkenaan akan dimarahi kerana lantai yang basah! Lihatlah – Ronald Wilson Reagan, presiden sebuah negara yang paling kuat di dunia, pemimpin blok Barat di dalam kemuncak perang dingin yang jarinya boleh mencetuskan kemusnahan dan kehancuran perang nuklear – telah merendahkan dirinya dengan mengelap lantai bilik air. Benarlah pepatah melayu – ular yang menyusur akar tak kan hilang bisanya!
Seni berkomunikasi bukan sahaja berkait dengan cara kita memilih perkataan dan ayat-ayat kita. Ia juga melibatkan watak kita yang selalu rendah diri dengan sikap tawaduk menjadi pakaian harian kita.
Satu hari, Reagan terbaca tentang sifat wira seorang budak berumur 12 tahun yang cedera dan berparut kerana menyelamatkan dua orang adiknya dari satu peristiwa kebakaran di rumah mereka. Reagan telah menelefon budak itu dan mengatakan bahawa dia amat bangga dengan sifat wiranya. Tentunya wira kecil itu tidak menjangka yang dia akan menerima panggilan telefon dari seorang presiden. Pada mulanya dia menjadi tidak terkata. Diam seribu bahasa.
Akhirnya setelah perbualan itu menghampiri penghujungnya, anak kecil itu berkata bahawa alangkah baiknya kalau dia dapat merakamkan perbualan mereka supaya ianya dapat menjadi kenangan hidupnya selama-lama. Presiden Amerika itu bertanya adakah dia ada perakam suara? Anak kecil itu menjawab, ada. “Pergilah dapatkannya dan kita boleh bersembang lagi”. Perhatikan di sini, seorang pemimpin paling sibuk di dunia berkata kepada seorang anak kecil, yang dipanggilnya sebagai my hero, yang “kita boleh bersembang lagi”. Ini lah seni komunikasi.
Seni komunikasi bukan sahaja berkait dengan menguasai perhatian dan menghubungkan diri kita dengan audien. Ia juga memanggil kita untuk bersifat rendah diri dan biarlah komunikasi itu datang dari lubuk hati. Ia tidak boleh dibuat-buat. Ia bukan sandiwara lakunan. Ia tidak bermusim. Lebih penting, ia hendaklah diamalkan sepanjang zaman!
Selamat berkomunikasi! Jangan lupa, komunikasi adalah seni!


More Options ...
Categories
Tag Cloud
Blog RSS
Comments RSS

Void « Default
Life
Earth
Wind
Water
Fire
Light 
piano forum…
Thanks heaps for this!… if anyone else has anything, it would be much appreciated. Great website HOT Pianoforte Links http://www.en.Grand-Pianos.org Enjoy!…