16 May 2009 @ 9:40 AM 
 
DI ANTARA NIZAR, ZAMBRY DAN MENTERI BESAR PERAK

Photo bersalaman di antara Dato Zambry Abdul Kadir dan Dato Seri Nizar Jamaludin ( Gambar dipetik dari google.com)

Saya diminta oleh rakan-rakan samaada melalui emel, sms atau Facebook untuk saya menulis tentang apa yang di namakanf yang paling penting – bukan dari kepentingan politik kepartian, tetapi dari kepentingan pemegang taroh yang paling penting – rakyat Perak.

Memang senang untuk kita di luar Perak terdorong sebagai kemelut di Perak. Mereka ingin tahu sebenarnya sampai bilakah kemelut ini akan berterusan. Adakah cahaya dihujung terowong yang gelap gelita? Sukar untuk saya memberikan jawapan. Tetapi biarlah kita melihat isu ini dari perspektimelontarkan sesuatu pandangan yang kita fikirkan akan menyelesaikan masalah dengan serta merta. Tetapi apakah pandangan itu memberikan manafaat kepada pemegang taroh yang sebenarnya – iaitu kebajikan rakyat Perak?

Marilah kita mulakan dari awal. Selepas daripada 8 Mac 2008 situasi di Perak BN muncul sebagai satu-satunya parti yang mempunyai kerusi yang terbanyak iaitu 28 kerusi dengan Dap mendapat 18, PKR 7 dan Pas 6. Harus di ingat bahawa pada 8 Mac, tidak ada Pakatan Rakyat. Bahkan tidak ada Barisan Alternatif kerana Dap telah keluar daripada BA apabila mereka menerima padah yang amat hebat selepas kekalahan luarbiasa Dap pada PRU ke 10 pada tahun 1999.

Di dalam norma sistem parliamen yang berasaskan kepada demokrasi ala Westminster, BN Perak melalui pemimpinnya pada masa itu boleh menghadap ke bawah Paduka Seri Sultan Perak untuk menubuhkan apa yang dinamakan sebagai kerajaan minoriti. Kalau kerajaan minoriti ini hendak dijatuhkan kelak, ia boleh dibuat menerusi undi tidak percaya apabila DUN Perak mula-mula bersidang. Kalau benar Dap, PKR dan Pas boleh membuat satu pakatan bersama atau satu komponen untuk menubuhkan kerajaan majoriti, biar ianya dibuktikan di DUN kelak.

Tetapi entah apa sebabnya, pemimpin BN Perak itu tidak memilih untuk bertindak sedemikian.

Kerajaan minoriti bukanlah sesuatu yang luar biasa di dalam sistem demokrasi berparlimen. Di Wales pada tahun 2007 selepas daripada pilihanraya umum, parti Buruh hanya menang 26 daripada 60 kerusi yang dipertandingkan Dewan Undangan Kebangsaan. Parti Plaid Cymru pula memenangi 15 kerusi manakala parti Konsevatif, Liberal-Demokrat dan bebas masing memenangi 12, 6 dan 1 kerusi. Tetapi hampir dua bulan kemudian parti Buruh dan Plaid Cymru akhirnya membentuk kerajaan campuran pemimpin Plaid, Ieuan Wyn Jones menjadi Timbalan Ketua Menteri. Dengan itu kerajaan yang asalnya kerajaan minoriti, telah menjadi perikatan majoriti dengan 41 daripada 60 kerusi.

Apa yang berlaku di Perak ialah Dap, PKR dan Pas telah bersetuju untuk menubuhkan kerajaan. Kita tahu asalnya persoalan siapakah yang bakal menerajui kerajaan telah menimbulkan polemik sehingga melengahkan penubuhan kerajaan itu. Adakah Menteri Besar pilihan daripada Dap yang mempunyai 18 kerusi? Atau adakah dianya, demi menghayati roh undang-undang tubuh negeri Perak seorang Melayu daripada PKR atau Pas? Walau apa pun polemik dibelakangnya, akhirnya wakil Pas dari Dun Pasir Panjang Mohammad Nizar Jamaluddin (kemudiannya Dato’ Seri) diperkenankan oleh Sultan Perak untuk menjadi Menteri Besar.

Kalau hendak diikutkan “suara rakyat” wajarkah seorang ADUN dari sebuah parti yang hanya memenangi enam kerusi daripada 21 kerusi yang ditandingi oleh parti itu dilantik menjadi Menteri Besar? Lebih penting, Dap, PKR dan Pas bertanding sebagai parti-parti yang berasingan pada PRU ke 12 yang lalu. “Komponen” Pakatan Rakyat ini tidak wujud semasa penamaaan calun, kempen atau di kertas undi. Bahkan tidak ada manifesto bersama. Tidak ada juga lambang yang mereka kongsi bersama seperti BN dengan simbol dacingnya. Maknanya rakyat yang memilih Dap tahu bahawa Dap tidak akan membentuk kerajaan secara berasingan. Tidak ada tanda-tanda lansung bahawa mereka akan membentuk kerajaan dengan PKR dan Pas.

Berasaskan kepada hujah ini, tidak ada merit untuk mengatakan bahawa Pakatan Rakyat ialah kerajaan pilihan rakyat, Menteri Besar Pakatan ialah Menteri Besar pilihan rakyat kerana mereka tidak pernah bertanding dengan menggunakan simbol atau manifesto yang sama. Jadi rakyat yang memilih parti Pas secara individu, tidak mempunyai anggapan bahawa Pas akan membentuk kerajaan bersama Dap dan PKR jika mereka menang. Bahkah semasa pilihan Nizar dibuat, supremo Dap mengatakan di dalam blognya: “The decision to appoint (Nizar) as Perak Menteri Besar has caused shock and consternation to DAP leaders, members and supporters”.

Lanskap politik Perak mula berubah apabila dua orang ADUN merangkap Exco kerajaan Perak memilih untuk menjadi wakil rakyat Bebas. Ini diikuti dengan Timbalan Speaker dari Dap, Hee Yit Foong yang juga mengisytiharkan dia sebagai ADUN Bebas. Apabila ini berlaku, kerajaan majoriti Nizar telah terhenti menjadi kerajaan majoriti yang jelas. Nisbah politik telah bertukar dari 31:28 yang memihak kepada Nizar kepada 28:28:3.

Pada masa ini lah Nizar mula memikirkan untuk menasihat Sultan supaya membubar Dewan. Biar rakyat membuat keputusan. Kenapakah Nizar memilih untuk tidak berbuat demikian pada masa mula-mula dia menjadi MB Perak? Kalau benar kerajaan yang hendak ditubuh merupakan cerminan hati dan nurani rakyat, langkah awal Nizar semasa hari-hari pertama beliau menjadi Menteri Besar ialah dengan menasihati Sultan agar membubarkan DUN. Lagipun rakyat Perak tidak pernah memilih Pas sebagai parti yang ADUNnya akan menjadi Menteri Besar. Apakah apabila kedudukan dia terancam, jawatannya dipertikaikan baru dia memikir untuk membubarkan Dewan?

Perubahan kerajaan negeri tanpa pilihanraya umum atau pembubaran DUN bukanlah sesuatu yang asing di Malaysia. Ia berlaku di Sabah pada tahun 1994 yang menyebabkan jatuhnya kerajaan pimpinan PBS. Kita tahu siapa dibelakangnya. Kerajaan Pas di Terengganu juga tumbang pada tahun 1961 dan Perikatan mengambil alih negeri Terengganu bila mana Tan Sri Ibrahim Fikri bin Mohamad dilantik menjadi Menteri Besar. Dengan lain perkataan ia bukan sesuatu yang luar biasa, yang memaksa satu pilihanraya umum negeri di adakan.

Saya kenal Nizar semasa beliau belajar di England di mana beliau menjadi super senior saya. Lama benar saya tidak berjumpa dengannya sehinggalah kebetulan dia membuat kunjung hormat kepada mantan Perdana Menteri Dato’ Seri (sekarang Tun) Abdullah Ahmad Badawi beberapa hari selepas menjadi Menteri Besar. Dia berpakaian baju melayu kerana kebetulan hari itu hari jumaat. Saya sempat bersalam dengannya dan bertanya kabar. Paling akhir saya berjumpa dengan beliau ialah semasa beliau berkunjung ke rumah sewaan kami di timur London sekitar sekitar tahun 1985. Beliau telah bekerja pada masa itu dan membuat lawatan singkat ke London.

Saya juga mendapati bahawa Nizar mempunyai sense of humour. Di dalam ketiadaan internet pada masa itu, kami bertanya apakah perkembangan terbaru politik negara. Dia menjawab (Tun) Dr. Mahathir Mohamad baru sahaja meluluskan universiti baru yang bernama UUM. Kami tanya dia apa itu UUM? Dia menjawab sinis, Universiti Untuk Mahathir!

Dato’ Seri Dr Zambry Abdul Kadir saya kenali semasa kami sama-sama di dalam exco Pemuda Umno pada tahun 2000. Sebelum itu beliau pernah di tahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri semasa krisis pemecatan Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri. Ini memberikan gambaran bahawa beliau seorang yang tidak gentar untuk mengambil risiko di dalam perjuangan politiknya. Tetapi komitmennya kepada perjuangan parti tidak berubah. Saya masih ingat di dalam mesyuarat exco Pemuda, apabila Dato’ Seri Hishamuddin Hussein selaku Ketua Pemuda meminta rakan-rakan exco memberikan pendapat tentang satu-satu isu, matanya akan sentiasa mengerling kepada Zambry. Dengan gaya bahasanya yang saya fikir sudah menjadi trade mark beliau, Zambry akan mengupas isu itu satu persatu dan kemudian memberikan buah fikirannya. Sekali sekala pandangangnya diperkuatkan dengan nas yang saya tahu dia amat biasa. Apabila tiba giliran saya memberikan pandangan, saya sentiasa mengingatkan mesyuarat bahawa amat sukar untuk meluahkan pendapat selepas Zambry bercakap. It is simply difficult to disagree with him.

Zambry kemudiannya menjadi exco kerajaan Perak yang menjaga portfolio pendidikan dan ICT. Ini menunjukkan bahawa beliau mempunyai pengalaman di dalam pentadbiran. Semasa Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan dari ISIS menalipun saya untuk mencari wakil mewakili negara untuk satu persidangan ASEAN People’s Assembly di Manila pada Disember 2006, dia menyebut nama Zambry. Saya terus bertanya Abdullah, selaku Perdana Menteri pada masa itu, dan beliau bersetuju.

Perak telah dianugerahkan dengan seorang Menteri Besar yang mempunyai pengalaman dan jasa di dalam pentadbiran negeri, seorang yang tidak memperdulikan nasib dirinya di dalam mempertahankan prinsipnya sehingga sanggup ditahan tanpa bicara, mengetahui hal ehwal al-quran dan hadith, mempunyai latar belakang seorang commoner yang sudah tentu berjiwa rakyat. Sifat keantarabangsaannya juga terserlah di dalam penglibatannya membentangkan kertas kerja di dalam seminar di luar negara.

Lebih penting di dalam sebuah negara yang mengamalkan konsep raja berperlembagaan, ternyata bahawa Zambry telah diterima oleh istana. Kita tidak harus lupa bahawa raja adalah institusi yang integral di dalam Dewan Undangan Negeri di dalam erti kata perkenan di raja diperlukan di dalam memanggil sidang Dewan, titah di raja dan perkenan kepada rang undang-undang.

Pada menjawab soalan yang saya kemukakan tadi, saya yakin kebajikan rakyat Perak akan terus terpelihara bila Zambry terus menjadi Menteri Besar. Biarlah beliau mentadbir sehingga sampai masa dan ketikanya beliau kembali kepada rakyat untuk mendapat mandat yang baru. Kepada Nizar, dunia belum kiamat. Bertandinglah dengan dan atas nama Pakatan Rakyat, dengan menggunakan simbol yang sama dan manifesto yang sama bila sampai masanya nanti.

Saya diminta oleh rakan-rakan samaada melalui emel, sms atau Facebook untuk saya menulis tentang apa yang di namakan sebagai kemelut di Perak. Mereka ingin tahu sebenarnya sampai bilakah kemelut ini akan berterusan. Adakah cahaya dihujung terowong yang gelap gelita? Sukar untuk saya memberikan jawapan. Tetapi biarlah kita melihat isu ini dari perspektif yang paling penting – bukan dari kepentingan politik kepartian, tetapi dari kepentingan pemegang taroh yang paling penting – rakyat Perak.

Memang senang untuk kita di luar Perak terdorong melontarkan sesuatu pandangan yang kita fikirkan akan menyelesaikan masalah dengan serta merta. Tetapi apakah pandangan itu memberikan manafaat kepada pemegang taroh yang sebenarnya – iaitu kebajikan rakyat Perak?

Tags Categories: Warisan Perihatin Posted By: admin
Last Edit: 13 Jul 2009 @ 10 00 PM

EmailPermalink
 
Responses to this post » (None)

Post a Comment

You must be logged in to post a comment.

\/ More Options ...
Change Theme...
  • Users » 74
  • Posts/Pages » 54
  • Comments » 624
Change Theme...
  • VoidVoid « Default
  • LifeLife
  • EarthEarth
  • WindWind
  • WaterWater
  • FireFire
  • LightLight

Photo Album

    No Child Pages.

Contact Me

    No Child Pages.

Chat Box

    No Child Pages.

Resume

    No Child Pages.

GuestBook

    No Child Pages.