04 Aug 2009 @ 11:01 AM 
 

1Malaysia

 

1Malaysia

Semalam, saya telah diminta untuk menghadiri dan menyampaikan hadiah untuk program Amazing Explorace Dan Treasure Hunt yang dianjurkan oleh DUN Ladang. Oleh kerana kita di dalam sambutan bulan Merdeka, penganjur meminta saya menulis dan mendeklamasikan puisi yang bertajuk 1Malaysia. Saya paparkan disini hasil nukilan saya.

1Malaysia

52 tahun bumi bertuah ini bebas merdeka
melalui onak duri api yang membara
dalam kejam ganas darurat yang berdarah bernanah
di sana matang bapa-bapa negara berhemah penuh hikmah
meneroka mengisi merdeka dengan bijak tabah
buat bangsa yang lama terjajah

kalau takut dilambung  ombak
jangan berumah di tepi pantai
kalau takut untuk berpencak
jangan bermimpi agenda selesai

dari bapa yang menjulang merdeka menggapai cita
disambut oleh bapa yang membangun negara
dalam giat deras arus pembangunan
ada bapa pula yang mencari erti mendakap perpaduan
bagai satu rahmat Tuhan
menghantar seorang bapa yang sarat dengan wawasan
kerana bangsanya mudah lupa
dalam visi ada misi
dalam gemilang bangsa teknologi

bila rakyat desa haus dahaga kan perubahan
menyusul bapa menyambut  penuh luhur
dalam cemerlang ada yang terbilang
disahut rintih marhaen dengan koridor pembangunan
tiada insan yang ditinggalkan
tiada pesisir yang dipinggirkan
tiada pedalaman yang disisihkan

kini putera dari Pekan memikul amanah bumi bertuah
di celah sabung ribut buas dan ganas
dengan tekad dia melangkah berdiri tegap
menebus maruah bangsanya yang sering tertunggak
mencari kudus redha Tuhan menjulang bangsa dalam hebat puncak
menagih jaya mencipta kerdip kilau
menggema 1Malaysia menjiwa hasrat bersama
bersama kita dalam bulan merdeka
bersama kita menyahut azam bahagia
kerana bangsa ku telah lama menderita

Kuala Terengganu
1 Julai 2009


Tags Categories: Warisan Perihatin Posted By: admin
Last Edit: 04 Aug 2009 @ 11 05 AM

EmailPermalink
 

Responses to this post » (None)

 

Post a Comment

You must be logged in to post a comment.

\/ More Options ...
Change Theme...
  • Users » 74
  • Posts/Pages » 54
  • Comments » 624
Change Theme...
  • VoidVoid « Default
  • LifeLife
  • EarthEarth
  • WindWind
  • WaterWater
  • FireFire
  • LightLight

Photo Album



    No Child Pages.

Contact Me



    No Child Pages.

Chat Box



    No Child Pages.

Resume



    No Child Pages.

GuestBook



    No Child Pages.