23 Aug 2009 @ 10:22 PM 
 

ERTI KEMERDEKAAN KEPADA POK LONG BBAKO

 
Ketika bersama Pok Long Bbako

Ketika bersama Pok Long Bbako

Abu Bakar bin Awang mungkin bukan seorang nama yang masyhur. Tetapi di Kampung  Ladang Sehat, nama Pok Long Bbako sememangnya di kenali. Beliau ada lah seorang veteran Umno, berusia hampir 83 tahun.

Saya mengambil kesempatan untuk menziarah Pok Long semalam. Beliau pernah menjadi aktivis parti dan mempunyai latar belakang kehidupan yang berwarna warni. Semasa negara berada di dalam darurat, Pok Long ialah seorang perajurit yang konvoinya pernah di serang oleh pengganas komunis. Dia mengingatkan saya tentang kejadian yang berlaku pada tahun 1948.  Dia berada di dalam konvoi tiga buah lori tentera dari Jelebu yang sedang meronda di Negeri Sembilan. 33 orang semuanya di dalam konvoi itu.

Setelah diserang hendap, 14 orang semuanya terbunuh. Ada yang ditembak di depan matanya dengan darah yang memercik. Seorang askar British hilang perutnya dan mati ditempat kejadian. Kawannya bernama Rashid bernasib baik. Peluru komunis melalui tengkoknya dari sipi dan beliau selamat dan masih hidup sehingga hari ini.

Tetapi marah dan sensitiviti Pok Long terhadap pengganas komunis masih segar hingga ke hari ini. Kemarahan ini sebenarnya tidak pudar dan tidak dimamah usia. Tentunya Chin Peng cuba membuat justifikasi sejarah di dalam bukunya “My Side of History” tentang apa yang berlaku dari perspektif Parti Komunis Malaya. Tetapi  saya telah diperingatkan oleh rakan-rakan supaya jangan menyebut nama Chin Peng di hadapan Pok Long. Marahnya tidak pernah mengenal sempadan. Dan saya amat memahami.

Maklumlah, apabila tubuh rakan-rakan seperjuangan terkujur tidak bernafas berselerak berlumuran darah di depan mata. Apabila  nyawa sendiri hampir melayang – tentunya insiden ini akan terus menjadi satu pengalaman pahit sepanjang hayat.

Selepas bersara dari tentera, Pok Long seperti ramai anak Terengganu pada masa itu mencuba nasib di Bukit Besi. Syarikat baru yang menjalankan kerja-kerja melombong bijih bernama Eastern Mining and Metal Company (EMMCO) dan Bukit Besi menjadi satu pusat ekonomi yang baru serta sumber pendapatan kepada negeri Terengganu.

Dua bulan yang lalu semasa saya mengunjungi Pok Long dia kelihatan uzur kerana lelah. Hari ini dia nampak jauh lebih segar dan pernafasannya tidak terganggu. Saya tidak berniat untuk menjadi ejen iklan kepada sesuatu syarikat, tetapi apabila saya tanya Pok Long apa ubat yang dia makan sejak dua bulan lalu, dia menjawab dia mengamalkan meminum air isotonik 100 PLUS. Pelik, tetapi benar.

Saya bertanya Pok  Long di mana dia semasa Malaya mencapai kemerdekaan? Dia menjawab, di Bukit Besi. Saya bertanya lagi, apa erti kemerdekaan kepada Pok Long?

Lebih penting dari segala-galanya kepada Pok Long ialah sejurus selepas kemerdekaan, kesemua pegawai-pegawai Inggeris telah dihantar pulang. Kalau dulu Terengganu mempunyai pegawai Inggeris sebagai Ketua Polis Negeri, doktor di hospital kerajaan, guru besar, pegawai daerah dan ketua di jabatan-jabatan lain, hari ini semuanya di sandang oleh anak tempatan. Ertinya sementara ada keraguan di dalam keupayaan anak tempatan pada masa itu untuk menjadi pegawai daerah atau D.O., kemerdekaan negara telah membuktikan sebaliknya.

Oleh sebab saya anak pasca merdeka, saya sendiri sebenarnya tidak pernah berjumpa dengan pegawai Inggeris yang berkhidmat di Terengganu. Ketua Polis Negeri yang saya ingat ialah seorang yang bernama Dato’ Jarjis – ayah kepada Dato’ Seri Jamaluddin yang kini menjadi Duta Besar Malaysia ke Washington. Pengarah Pelajaran Negeri yang saya ingat ialah seorang yang bernama Encik Nordin Nasir – beliau kemudian ditukarkan ke Kuala Kangsar untuk menjadi pengetua di Maktab Melayu. Pengarah Kerja Raya yang saya tahu semasa kecil ialah seorang yang bernama Dato’ Ir. S. Theraviam. Bukan Johnson, Spencer atau Tindall. Guru Besar di Sekolah Menengah Sultan Sulaiman yang saya kenal dan pernah berjumpa ialah Encik Yusof bin Ngah, dan bukannya Bretherton, Rees atau Machado.

Oleh itu saya tidak dapat membayangkan perasaan anak bangsa yang ditadbir uruskan oleh orang asing – yang mengajar kita apa yang kita boleh buat dan apa yang kita tidak boleh buat di negeri kita sendiri.  Negeri tempat tumpah darah kita sendiri. Hairannya, orang-orang ini lah yang pada hari ini akan memberikan syarahan panjang lebar kepada kita tentang ketelusan, erti demokrasi dan hak asasi manusia.

Pok  Long mengingatkan saya tentang penjajahan bentuk baru. Tentang bagaimana keghairahan untuk mendapatkan kuasa, orang politik hari ini akan sanggup berbuat apa sahaja termasuk bersekongkol dengan kuasa asing.  Bagaimana orang politik hari ini menggunakan pentas antarabangsa untuk mendapat simpati dan sokongan kepada masalah peribadinya di mahkamah sebelum kesnya dibicarakan pun. Begitu juga ada orang politik yang menyokong untuk mengizinkan Chin Peng ke Malaysia kononnya atas dasar dan nama hak asasi kemanusiaan.

Erti kemerdekaan yang sebenarnya ialah keupayaan kita untuk mentadbir negara kita dan menentukan hala tuju negara dan rakyat mengikut acuan kita. Terima kasih Pok Long Bbako.


Tags Categories: Warisan Perihatin Posted By: admin
Last Edit: 23 Aug 2009 @ 10 22 PM

EmailPermalink
 

Responses to this post » (One Total)

 
  1. piano books says:

    piano books…

    Hello ;) Thanks heaps for this indeed!… if anyone else has anything, it would be much appreciated. Great website Super Piano Links http://www.en.Grand-Pianos.org Enjoy!…

Post a Comment

You must be logged in to post a comment.

\/ More Options ...
Change Theme...
  • Users » 74
  • Posts/Pages » 54
  • Comments » 624
Change Theme...
  • VoidVoid « Default
  • LifeLife
  • EarthEarth
  • WindWind
  • WaterWater
  • FireFire
  • LightLight

Photo Album



    No Child Pages.

Contact Me



    No Child Pages.

Chat Box



    No Child Pages.

Resume



    No Child Pages.

GuestBook



    No Child Pages.