06 Sep 2009 @ 11:10 AM 
 

MENJEJAKI RAKYAT DI DUN BATU BURUK

 

Pada petang Hari Kebangsaan yang lalu, saya telah dijemput oleh Pergerakan Puteri Umno Bahagian Kuala Terengganu untuk bersama-sama mereka di dalam program bantuan kepada golongan miskin dan daif. Program ini mereka namakan sebagai “Program Ehsan Ramadhan”. Ketuanya, Nordiana bersama naib dan beberapa AJK Puteri berkunjung ke beberapa buah rumah di DUN Batu Buruk. Bersama-sama saya ialah timbalan saya, Mohd Sabri, yang juga pengerusi penyelaras DUN. Wan Kamal, timbalan pengerusi penyelaras DUN turut hadir.

 

Rumah pertama yang kami kunjungi ialah Puan Fatimah bt Mamat di Kg To’ Adis. Keadaannya uzur dan telah diserang oleh anai-anai sekian lama. Kalau dibiarkan berterusan, dinding dan lantai yang berlubang di sana sini akan terus robek dan runtuh. Saya lihat ada dua bilik. Tapi yang benar-benar boleh digunakan hanya satu. Bilik yang satu lagi terlalu uzur.

 

Saya bertanya Puan Fatimah berapa orang yang tinggal bersamanya. Dia menjawab anaknya 9 orang. Bayangkan rumah yang kecil, bilik yang terhad dan lantai dan dinding yang uzur, di diami oleh 9 orang penghuni!

 

Nordiana, bagi pihak Puteri telah memberikan sumbangan bagi meringankan bebanan keluarga Puan Fatimah di dalam menyambut bulan Ramadhan. Saya bertanya kepada Ali Muda, ketua cawangan, kenapa boleh jadi begini? Dia menjawab sudah dua kali nama Puan Fatimah di angkat kepada pihak yang berkenaan tetapi setakat ini tiada apa-apa maklumbalas.

 

Rakan-rakan tahu saya jarang marah. Lebih-lebih lagi di dalam bulan puasa yang sebegini. Tapi saya marah kerana 52 tahun kita merdeka masih ada lagi rakyat negara ini yang hidup mereka terdedah kepada bahaya dan kemungkinan rumah yang akan runtuh dan ranap. Saya marah kerana sistem birokrasi menghambat kita dalam memudahkan pemberian bantuan kepada golongan yang memerlukan. Saya marah kerana sementara kita tahu ada masalah tetapi kita tidak menggandakan usaha untuk menyelesaikan masalah itu.

 

Saya telah mengarahkan pegawai saya, Eizan,  supaya mengambil tindakan segera di dalam memberi bantuan kepada keluarga Puan Fatimah untuk membaiki rumahnya. Saya telah memintanya untuk memberi laporan kepada saya dalam tempoh tujuh hari. Saya tidak mahu mendengar alasan – tetapi hanya tindakan. Hanya tindakan yang pro-aktif sahaja melegakan hati keluarga ini dan meredakan marah saya.

 

Kemudian kami pergi ke Kg. Rajawali di Cendering. Di sana saya berkunjung ke rumah Puan Halina binti Abdul Rahman. Beliau tinggal adalah ketua isi rumah yang disewa dengan kadar RM180. Puan Halina bekerja sebagai tukang sapu dengan sebuah syarikat swasta dengan gaji sebanyak RM600. Di tolak sewa, pendapatannya hanya lebih kurang RM400 – untuk membayar bil utiliti, makan minum keluarga dan wang saku untuk anak-anak kesekolah. Anaknya yang sulung berumur 16 tahun terpaksa berhenti sekolah kerana himpitan kemiskinan!

 

Saya beritahu Nordiana bahawa atas apa juga alasan, saya tidak dapat menerima keadaan di mana seorang anak muda terpaksa berhenti sekolah kerana kemiskinan! This is simply a no-no! Oleh itu saya telah meminta Nordiana untuk membuat perkiraan untuk mendaftarkan kembali anak muda ini ke SMK Cendering. Nordiana bersetuju dan apabila remaja ini kembali bersekolah, Umno Bahagian akan menjadikan beliau sebagai anak angkat dengan pengajian dan kos pembelajarannya dikendalikan oleh Puteri.

 

Saya membawa bersama saya, anak saya Shafiqah, yang sekarang ini sedang bercuti musim panas dari pengajiannya di London untuk melihat sendiri secara hands on tentang realiti kehidupan rakyat miskin di Kuala Terengganu. Saya memberitahu Syafiqah bahawa rakyat yang miskin sememangnya ada di mana-mana. Di London tempat dia belajar pun ramai yang masih tidor di kaki-kaki lima. Yang terpaksa tercicir pelajaran mereka pun ada di mana-mana. Tetapi persoalannya ialah bagaimana kita menzahirkan keperihatinan kita. Persoalannya ialah bagaimana kita memastikan bahawa yang memerlukan pembelaan di bela dengan segera tanpa ada sangkutan dan karenah birokrasi yang boleh menghilangkan keyakinan rakyat kepada kita.

 

Biar lah hendaknya tidak ada seorang pun rakyat di Kuala Terengganu merasakan dirinya tersisih dan terpinggir walau apa pun anutan dan fahaman politik mereka. Kemiskinan dan keciciran tidak mengenal bahasa dan sempadan politik kepartian.

 

Tahniah Puteri!

 

Bersama dengan Puan Fatimah di rumahnya di Kg To' Adis. Lihat dinding yang berlubang di atas

 

Bersama dengan Puan Halina dan dua orang anak perempuannya di Kg Rajawali, Cendering. Di Depan saya ialah Mohamad bin Said, Ketua Cawangan dan Syafiqah. Nordiana dan Naibnya Kartini

Bersama dengan Puan Halina dan dua orang anak perempuannya di Kg Rajawali, Cendering. Di Depan saya ialah Mohamad bin Said, Ketua Cawangan dan Syafiqah. Nordiana dan Naibnya Kartini

Tags Categories: Warisan Perihatin Posted By: admin
Last Edit: 06 Sep 2009 @ 11 10 AM

EmailPermalink
 

Responses to this post » (None)

 

Post a Comment

You must be logged in to post a comment.

\/ More Options ...
Change Theme...
  • Users » 74
  • Posts/Pages » 54
  • Comments » 624
Change Theme...
  • VoidVoid « Default
  • LifeLife
  • EarthEarth
  • WindWind
  • WaterWater
  • FireFire
  • LightLight

Photo Album



    No Child Pages.

Contact Me



    No Child Pages.

Chat Box



    No Child Pages.

Resume



    No Child Pages.

GuestBook



    No Child Pages.